Saturday, July 14, 2012
Ukiran Sebuah Janji -Nukilan AqilahMerah
Wahai burung cinta ,
Terbang lah dikau ke langit biru ,
Teruskan usaha mencari cinta baru.
Dulu sayap mu patah,
Kini ia mampu terbang tinggi.
Dulu aku berpatah hati,
Kini aku sudah temui,
Si dia yang di gelar cinta.
Sangkar cinta di bina,
Tempat mengisi janji setia.
Selepas di isi ,
Terus di kunci.
Takut cinta sejati pergi.
Bukan mahu kembali ke masa dulu,
Cuma berharap dia bukan begitu.
Kita cuma manusia,
Bukannya tuhan.
Hanya mampu berdoa ,
Agar dia yang benar. Sehelai kain puteh di hadiahkan,
Harap di jaga umpama mengikat janji,
Takut terjadi yang tak di ingini.
Petang yang hening,
Buat hatinya rasa teringin,
Daku tak tahu,
Rupanya dia berselindung di sebalik batu,
Mahukan sesuatu,
Yang mampu menghantui ku.
Ku sangkakan ikhlas,
Rupanya ingin di balas.
Ku sangkakan jujor,
Rupanya hatinya membujor. Kini,
Kain puteh menjadi kotor,
Tertumpah dakwat,
yang tak mampu di luntor.
Cintaku tenggelam dalam cahaya yang kotor,
Tiada cara,tunjukkan daku jalan pulang.
Sebuah doa di pohon,
Berharap sebuah dosa di ampun.
Langkah demi langkah aku bangun,
Kerna tanpanya dirimu,
Aku mampu bangkit tuk berfikir ,
Agar tidak mudah terpedaya dengan ukiran sebuah janji lelaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment