Saturday, July 14, 2012
Cinta tersimpan - Nukilan AqilahMerah
Terduduk ku seketika,
Dikala hening malam,
Dikala dingin malam.
Membuat daku terkenang.
Kali pertama bertemu,
Membuat daku senyum terpaku.
Duduk di sebelah,
si dia yang jenaka bagiku.
Malam yang panjang,
Terasa cepat malam berlalu.
Seminit terasa sesaat berlaku,
Adakah daku jatoh lagi?
Si dia yang di gelar cinta.
Dia membuat daku kembali bersinar,
Dia memberi daku nafas,
nafas baru untuk bangun.
bangun dari terus mati dalam tangisan kekecewaan.
Tika Jauh angan ku terlena,
Ingin sekali daku berkata padanya,
Bahawa daku telah terjatoh di alam fantasi nya.
Buaian mimpi di bina,
Membuat daku tersangkut di alam nya.
Dia kembalikan nostalgia cinta ku,
Cinta yang dulunya hangus terbakar menjadi debu-debu kecewa.
Kini debu cinta bersatu semula,
Berharap dialah yang benar.
Bukan sekadar bermain di alam fantasi,
Namun wujud menjadi reality.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment