Saturday, July 14, 2012
Perjalanan Cinta Berkata - Nukilan AqilahMerah
sebuah kotak hati,
mengukir kisah cinta bersemi.
Di setiap saat, kenangan yg kita
lukiskan.
Dulunya cinta,kininya duka.
Dulanya kata,kini diam tak
bermakna.
mungkin apa yg tercoret cuma
kisah, namun dalam hati tak sapa
mengerti.
Pernah sekali cinta ini di usung ke
alam mimpi, namun ku sedar ia
cuma cinta fantasi.
Kekadang ku biarkan terus berimajinasi, agar ku dapat kembali bersamanya nanti.
Biarpun seketika,namun sudah cukup tuk merasa.
Berbicaraku dalam sepi,
Kencang sungguh rasa hati.
Adakah ini cinta terakhir?
Atau cuma perjalanan pertama dalam dunia.
Dulu kala cinta tinggi ini ku junjung,
Kala ini cinta ku hilang dalam kabus pagi.
Hati kecil berkata,
Kenapa perlu ada sengketa dalam cinta.?
Kenapa perlu ada yang ketiga dalam cinta?
Terdiam seketika,lalu berfikir sejenak.
Inikah yang di kejar dunia?
Atau inikah yang musnah segalanya?
Hati makin keliru,hidup makin celaru. Lalu,
Pangkal jalan di cari, tabah cekal di temui.
Duduk bangun ku sendiri , namun hidup ku tetap berseri.
Cinta pada manusia sementara,kerna mereka tak hargai cinta yang ada.
Namun cinta pada yang Esa kekal selamanya.
Cinta Gadis Bebaju Kurungku - Nukilan AqilahMerah
Duduk terpaku,Mengisi waktu.
Mencoret kisah,semanis cinta.
berharap maaf,
jika ceritera di bahas dalam kias.
Kata di susun, mengikut waktu.
Alkisah watak si arjuna.
Berdiri segak,cuba menunjuk lagak.
Muncul di sudut sisi,
Si bidadari gusti putri.
Duduknya di anjung hati,menjentik jiwa.
Jiwa terpaku,begetar hatiku.
Anggun menawan ,membuat hati tertawan.
Ayu rupa mu
Gadis bebaju kurung ku.
Beberapa kali cuba menghampiri,
Kaku rasa di hati, bila memerhati.
ku cuba mendekati,
Takut hilang tak berganti,
Si dia yg di gelar gusti puteri di hati.
Kini muzik bertemu melodi.
Mengisi waktu,mengukir sesuatu.
Saat dikenang,minit dirasa.
Indahnya dunia,umpama aku dan dia punya.
Tertaut hati, akan bersama hingga kemati.
Sayang,
Mungkin bejuta bintang di langit,
Dan mungkin beribu bunga di taman,
Namun ia tak mampu menewaskan cintaku padamu sayang.
Engkau umpama bintang yg terang menyuluh hidupku.
Engkaulah bebunga harum kembang di taman hatiku.
Berharap cinta ini akan kekal abadi,
Selamanya Di dalam hati.
Mayapada cinta Menghantui - Nukilan AqilahMerah
Tersusun kata,
Mengisi masa.
Kata di isi,
Buat hati yang sunyi.
Puisi di karang tuk meluah isi hati.
Seribu kata, tersimpan rahsia.
Tercoret indah sebuah janji,
Mengusung cinta bukan seminit,
Namun cuba tuk selamanya.
Gentar di hati,
Takut bercinta lagi.
Dulu ku percaya cinta itu merah.
Kini bagiku cinta itu hitam anak mata.
Dulu cinta itu senyuman bagiku.
Kini cintaku bertukar menjadi saat ngeri bagiku.
Kegelapan mulai menyuluh dunia ku.
Kesedihan menyelubugi hidup ku. Ku kembali mengarang,
Sebuah kisah mayapada cinta.
Cinta yg membuat daku beraspirasi tinggi,
Tinggi hingga ke mahligai gading.
Dulunya belian,
Kininya kaca.
Dulunya cahaya sejati, umpama gemala sakti.
Kini,
Aku di tinggalkan dalam kegelapan marcapada cinta.
Pada mulanya ku Cuba tuk bangkit ,
Namun ku tak sekuat dirimu,
Mengabaikan daku umpama benda tak bernyawa.
Ku cuba dan cuba,
Namun ku tak bangkit berseorang,
Ku bangun di temani mereka,
Mereka yang di gelar teman.
Kini,
Sinar cahaya pulang
Ke pangkuan ku.
Walau ceritera cinta ini sukar tuk di abukan,
Namun, aku bisa hidup tanpa hadir cintanya.
Sesungguhnya cinta ku pada yg Esa
akan kekal selamanya.
Biarlah daku derita merindui,
Dari tersiksa dalam kerakusan cintanya.
Cinta tersimpan - Nukilan AqilahMerah
Terduduk ku seketika,
Dikala hening malam,
Dikala dingin malam.
Membuat daku terkenang.
Kali pertama bertemu,
Membuat daku senyum terpaku.
Duduk di sebelah,
si dia yang jenaka bagiku.
Malam yang panjang,
Terasa cepat malam berlalu.
Seminit terasa sesaat berlaku,
Adakah daku jatoh lagi?
Si dia yang di gelar cinta.
Dia membuat daku kembali bersinar,
Dia memberi daku nafas,
nafas baru untuk bangun.
bangun dari terus mati dalam tangisan kekecewaan.
Tika Jauh angan ku terlena,
Ingin sekali daku berkata padanya,
Bahawa daku telah terjatoh di alam fantasi nya.
Buaian mimpi di bina,
Membuat daku tersangkut di alam nya.
Dia kembalikan nostalgia cinta ku,
Cinta yang dulunya hangus terbakar menjadi debu-debu kecewa.
Kini debu cinta bersatu semula,
Berharap dialah yang benar.
Bukan sekadar bermain di alam fantasi,
Namun wujud menjadi reality.
Ukiran Sebuah Janji -Nukilan AqilahMerah
Wahai burung cinta ,
Terbang lah dikau ke langit biru ,
Teruskan usaha mencari cinta baru.
Dulu sayap mu patah,
Kini ia mampu terbang tinggi.
Dulu aku berpatah hati,
Kini aku sudah temui,
Si dia yang di gelar cinta.
Sangkar cinta di bina,
Tempat mengisi janji setia.
Selepas di isi ,
Terus di kunci.
Takut cinta sejati pergi.
Bukan mahu kembali ke masa dulu,
Cuma berharap dia bukan begitu.
Kita cuma manusia,
Bukannya tuhan.
Hanya mampu berdoa ,
Agar dia yang benar. Sehelai kain puteh di hadiahkan,
Harap di jaga umpama mengikat janji,
Takut terjadi yang tak di ingini.
Petang yang hening,
Buat hatinya rasa teringin,
Daku tak tahu,
Rupanya dia berselindung di sebalik batu,
Mahukan sesuatu,
Yang mampu menghantui ku.
Ku sangkakan ikhlas,
Rupanya ingin di balas.
Ku sangkakan jujor,
Rupanya hatinya membujor. Kini,
Kain puteh menjadi kotor,
Tertumpah dakwat,
yang tak mampu di luntor.
Cintaku tenggelam dalam cahaya yang kotor,
Tiada cara,tunjukkan daku jalan pulang.
Sebuah doa di pohon,
Berharap sebuah dosa di ampun.
Langkah demi langkah aku bangun,
Kerna tanpanya dirimu,
Aku mampu bangkit tuk berfikir ,
Agar tidak mudah terpedaya dengan ukiran sebuah janji lelaki.
Bekhayalkan Dia - Nukilan AqilahMerah
Duduk di anjung ,
Aku tak lagi di sanjung.
Bukan mau di junjung,
Hanya mau cinta aggung .
Sebuah sayap cinta patah,
Sebuah karya cinta punah.
Tiada lagi kata cinta,
punyai rasa rindu,
Rindu pada dirinya,
Disaat kita bersama.
Engkau duduk di sebelah,
Buat aku lelah .
Bebaring di bahu ,
buat daku malu.
Terasa mau bersamanya,
buat selamanya.
Dikau menanam janji,
buat aku tertanya dengan sangsi. Kini,
Hidup ku tanpa cinta,
Namun dia tetap di mata.
Walau dia pergi ke alam fana,
Dia tetap di mana mana,
Tika ku tatap gambarnya.
Aku di buai fantasi,
Fantasi bersamanya.
Walau hanya ilusi
Ku tetapkan fantasi. mungkin Ku punyai cinta fantasi..
Walau ia hanya fantasi, akan ku hargai..
Kerna dengan berfantasi mampu mengisi hati yang sepi.
Sebuah Puisi di tulis untuk mengungkap rasa rindu yang sepi.
Walau hanya sendiri ,
akan ku jalani.
Sebuah Rindu - Nukilan AqilahMerah
Duduk berseorang ,
Tak mau di kawan .
Bukan tak nak senang,
Cuma mau tenang.
Malam menyusul,
Buat aku tersasul,
Satu bayang menyusul,
Ingat dikau yang usul.
Sebuah rindu membelenggu,
Hati ini sedang berlagu,
Tiada tempat menggadu.
Sebuah puisi tercoret indah,
Hanya untuk luahan bermadah.
Di setiap menungku,
Dikau muncol.
Sebuah nada rindu di cari,
Berharap orang yang di rindu kemari.
Namun semuanya anggan,
Dalam diam ku cuma berangan.
Berharap dia di sebelah ,
Buat hati ini berulah.
Malam yang dingin,
Buat aku teringin,
Teringin dikau dakapi.
Walau dalam ilusi,
Akan ku hargai.
Kerna rindu buat ku berfantasi,
Kerna rindu buat ku sangsi,
Sangsi di setiap imajinasi ku.
Malam semakin hilang,
Rindu takkan hilang.
Walaupun merindui dalam derita,
Namun hati tetap cinta.
Mungkin sebuah rindu tak punya titik noktah,
Dan tak penah sudah.
Mungkin puisi ini,
Puisi ini dapat mengungkap rindu,
Rindu ku padanya.
Puisi rindu ku ciptakan,
Hanya untuk si dia,
Walau ia nya tak bernada ,
Namun ia punyai makna .
Cinta Marek - Nukilan AqilahMerah
Angin meniup layar,
Kamek ingin berkarya.
Cinta kamek maya,
Bukan hanya fantasi.
Isik demi isik kamek karang ,
Puisi demi puisi kamek tontonkan.
Bukan hanya lagak ,
Tapi cuma luahan yang segak .
Sik maok cinta tok tertunggak ,
Bait kamek madah nak?.
Sik maok berdiam ,
Takut cinta padam .
Malas nak di pendam ,
takut cemburu dalam diam.
kamek ungkap di segenab rasa mek, Mungkin kitak sik nampak, Walupun kita terserempak. Mukabuku jadi saksi, Saksi kita bekenalan. Kitak ngeADD , Kamek accept . Tok tok tok pintu ati kitak ketok . Salam di hulu gerbang cinta di jenggok. Hati balit balit madah , Kenaklah kamek lambat nemu kitak dolok.? Kenaklah kitak mucol waktu kamek mcm tok.? Kamek menulis , Berilhamkan kita. Ilham kamek sik putus, Bila kata cinta di utus . Kata sayang sik putus , Kamek menganggok , kitak merajok . Kita bermadah , 'kmk jak syg org ya, org ya ? Hum' Kamek jadi serba salah , Lalu kamek mengalah . Kamek bebisit kenak kamek cuma menganggok, Lalu kitak sik jadi nak merajok.
Etok kamek deng, Etok kamek kisah kita marek. Di setiap diam mek, Kitak ingat kamek merajok, Kitak cuba mujok, Buat kamek tertundok . Tundok tersenyum melakar indah kebahagian. Tangan di pegang erat , Dakapan di pelok kuat, Ciuman di belai kaseh sayang. Berharap , Di setiap keeratan, Di setiap pelokkan, Dan di setiap belaian, Akan di usung , Di usung bukan cuma cinta marek , Tapi cinta tuk selamanya .
Cinta Bernada Fantasi -Nukilan AqilahMerah
ayat tersimpul lidah,
puisi indah di olah,
hati gundah berolah,
punyai rindu yang
Tak sudah.
Kata cinta udah bermadah ,
Kata cinta di ulang
Tanpa gundah ,
Bahagia nya terasa bagey sinar mentari,
Seperti kupu-kupu higgap menari-menari .
Janji di ikat ,
Tidak penah tersekat .
Janji di ukir,
bukan hanya di bibir,
Janji gengam , hingga ke akhir zaman .
Bersama kitak cinta sejati kita jejak bersama . Bersama kitak menjaga cinta kita . Kerna, Di setiap senyuman menawan kitak ya , Menbuat kamek melayang terbang. Di setiap lubok ati kamek ,wajah kitak salalu bermain di setiap sudut minda kamek deng. Kitak buat kamek capey segalanya . Kitak kamek menyatukan langkah. Langkah menuju kesebuah alam fantasi, Fantasi yang penoh dengan imaginasi .
Cinta kita kamek usung kan ke alam mimpi , Mimpi yang mengalunkan nada gemersik di setiap nada nada hati kita . Berharap di setiap mimpi akan tertakluk indah hanya bersama kitak deng . Tertakluk indah buat selamanya .
Keagunggan sebuah cinta - Nukilan AqilahMerah
Angan,
Di setiap angan kita berkhayal .
Khayalan mengalpakan kita.
Kealpaan melalaikan kan kita.
Kelalaian mampu memusnah kan disetiap angan-angan.
Dan kelalaian juga mampu memusnahkan sebuah cinta.
Teringat di setiap detik, Pabila sebuah cinta teragung hidup dengan mekar nya . Keharumannya mampu mencemburui di setiap natijah hati setiap manusia . Manusia yang yang berada di keliling kita . Dalam cinta kita , Engkau berjanji akan membina sebuah mahligai untk di persembahkan . Engkau berjanji akan mencintai ku hingga ke hujung nyawa mu. Engkau, dan aku, menyimpan angan-angan yang tinggi, Tinggi hingga tak mampu untuk di gapai.
Semua angan musnah . Aku terjatuh di dalam harapan . Harapan yang kini mengubah segala-galanya tentang diri mu. perit rasanya, sakit rasa di jiwa, Biar pun hanya seketika kita bersama sayang, Ianya mengajar aku erti keagunggan sebuah cinta .
Rayuan hati - Nukilan Aqilah Merah
Indah,pabila
Ktk mencinta , kmk di cintai.
Ktk menyentoh ,kmk merasa
Umpama cubit paha kirik,paha kanan terasa..
Cinta kita kmk puisikan..
Puisi indah kmk tuliskan ,
hati semerah darah kmk hadiahkan ..
Kisah kita tercoret umpama mereka.
Tak mahu siapa pun terluka.
Umpama kuntuman bunga di hinggap sang kupu2.
Kmk bunga ya,ktk lah kupu2 nya.
Kmk sik mintak lebih dari ktk deng,
Kmk hanya maok hati ktk jak.
Sebab bagi kmk hati ktk dah cukup berharga.
Bagey intan dan belian .
Umpama mutiara yang hidup di dalam lautan.
Lautan yang amat dalam
Ktk nak nangga cinta kmk deng??
Cinta kmk sedalam mutiara tadik.
Cinta kmk dalam sedalam dalam nya .
Cinta kmk tinggi deng .
Tinggi setinggi awan , setinggi burong yg terbang
Kmk berharap ktk mampu mencintai kmk sedalam mutiara ya deng.
Mencintai kmk setinggi burong ya.
Ktk umpama melodi indah yang mengalunkan nada dikala kmk sunyik.. Dikala kmk sedih, ktk cuba untuk ubatinya. Ktk Melukis sebentok hati.. Nama kmk , nama ktk terukir indah di atas pasir.. Lalu ombak datang menghempas sebentok hati ya. Kmk menangis , ktk mendakap kmk .. Mendakap kmk dengan penoh erat. Dakapan yang penoh dengan kaseh dan syg ktk. Ktk bebisit , Ktk madah ktk sik mampu berik intan untuk kmk, Untuk kmk bentokkan jadi cincin. Ktk sik mampu nak berik belian utk kmk, Untuk bentokkan jadi rante. Namum ktk mampu berik separoh dari hati ktk untuk kmk. Terima kaseh, sayang. Kerna Cinta ktk Udah mampu menbahagiakan kmk .
Di bulak kitak! - Nukila AqilahMerah
Kita di main dengan fantasi
Cerita kita di coret dengan inspirasi
Maseh kamek ingat
Kali pertama kita bertemu
Pertemuaan yang pada mulanya kita tak menyapa satu sama lain
Perkenalan bermula dengan senyuman
Perkenalan yang pada mulanya hanyalah satu persahabatan yang mesra
Dan di akhiri dengan bibit cinta
Percintaan yang penoh dengan kata-kata manis
Bagey menanam tebu di bibir
Berjanji setinggi tinggi hingga mencapai alam semesta
Ingin hidup bersama hingga ajal menimpa
Hangatnya pelokkan kitak Hebatnya kucupan kitak Membuatkan kamek lemah Lemah bagaikan lilin di hidupkan api lalu mencair melimpah luah Huh! Mesranya kita masa ya Indahnya saat-saat ya Sehinggakan kamek lalai , leka dan alpa dengan apa yang kamek polah Kamek lupak keluarga kamek Kamek lupak teman-teman kamek Hinggakan akal fikiran kamek terhasut Hasutan demi hasutan untuk mempercayai kitak sorang ajak
Nangis kamek Rindu kamek Sayang kamek Marah kamek Sik daa sapa peduli Kamek diam membisuk dengan seribu harapan Kitak bagaikan permata yang paling berharga dalam idup mek Bila kitak sik da idup mek terumbang ambing sik da orang nak bimbing Kitak tinggalkan kamek dengan cgek alasan Aok !! Kamek cayak dengan alasan kitak Tapi sik lamak kakya tuptup mek dengar kitak dah kapel dengan orang lain Seseorang yang mungkin dapat menyerikan idup kitak Gempang ati!! Ney janji manis kitak dolok? Kitak padah 'aok bby ,xda bie tinggalkannya .bie syg alu gan bby bh . Yahhh! Kacak word yaa! Sampey kenek kamek maseh simpan msg ya Kamek di bulak mantak mantak Kerna time ya kamek terlalu bodo Bodo termakan dengan kata manis yang berbisa dari mulut kitak
Kenek kamek dah sik berdaya gik nak berkawan dengan angan-angan Nak betemankan bayang-bayang Kerna idup kamek mseh panjang Tanpa kitak kamek boleh bangun kedirik Kamek boleh buktikan nok kamek boleh berjaya Berjaya tanpa hadirnya cinta kitak Kamek arap satu ari kelak kitak akan berubah Berubah sik akan mainkan perasaan orang lain Kerna kamek sikmok org lain rasa sakit yg kamek tanggong Sakit bagaikan di tikam tikam dari belakang And kamek akan jadikan kisah cinta kita menjadi satu kenangan silam Kenangan yg pada mulanya indah bagaikan kumbang mendapat madu dan akhirnya di telan nafsu .
Subscribe to:
Posts (Atom)