Saturday, July 14, 2012

Perjalanan Cinta Berkata - Nukilan AqilahMerah

sebuah kotak hati, mengukir kisah cinta bersemi. Di setiap saat, kenangan yg kita lukiskan. Dulunya cinta,kininya duka. Dulanya kata,kini diam tak bermakna. mungkin apa yg tercoret cuma kisah, namun dalam hati tak sapa mengerti. Pernah sekali cinta ini di usung ke alam mimpi, namun ku sedar ia cuma cinta fantasi. Kekadang ku biarkan terus berimajinasi, agar ku dapat kembali bersamanya nanti. Biarpun seketika,namun sudah cukup tuk merasa.
Berbicaraku dalam sepi, Kencang sungguh rasa hati. Adakah ini cinta terakhir? Atau cuma perjalanan pertama dalam dunia. Dulu kala cinta tinggi ini ku junjung, Kala ini cinta ku hilang dalam kabus pagi. Hati kecil berkata, Kenapa perlu ada sengketa dalam cinta.? Kenapa perlu ada yang ketiga dalam cinta? Terdiam seketika,lalu berfikir sejenak. Inikah yang di kejar dunia? Atau inikah yang musnah segalanya? Hati makin keliru,hidup makin celaru.
Lalu, Pangkal jalan di cari, tabah cekal di temui. Duduk bangun ku sendiri , namun hidup ku tetap berseri. Cinta pada manusia sementara,kerna mereka tak hargai cinta yang ada. Namun cinta pada yang Esa kekal selamanya.

Cinta Gadis Bebaju Kurungku - Nukilan AqilahMerah

Duduk terpaku,Mengisi waktu. Mencoret kisah,semanis cinta. berharap maaf, jika ceritera di bahas dalam kias. Kata di susun, mengikut waktu. Alkisah watak si arjuna. Berdiri segak,cuba menunjuk lagak. Muncul di sudut sisi, Si bidadari gusti putri. Duduknya di anjung hati,menjentik jiwa.
Jiwa terpaku,begetar hatiku. Anggun menawan ,membuat hati tertawan. Ayu rupa mu Gadis bebaju kurung ku. Beberapa kali cuba menghampiri, Kaku rasa di hati, bila memerhati. ku cuba mendekati, Takut hilang tak berganti, Si dia yg di gelar gusti puteri di hati.
Kini muzik bertemu melodi. Mengisi waktu,mengukir sesuatu. Saat dikenang,minit dirasa. Indahnya dunia,umpama aku dan dia punya. Tertaut hati, akan bersama hingga kemati. Sayang, Mungkin bejuta bintang di langit, Dan mungkin beribu bunga di taman, Namun ia tak mampu menewaskan cintaku padamu sayang. Engkau umpama bintang yg terang menyuluh hidupku. Engkaulah bebunga harum kembang di taman hatiku. Berharap cinta ini akan kekal abadi, Selamanya Di dalam hati.

Mayapada cinta Menghantui - Nukilan AqilahMerah

Tersusun kata, Mengisi masa. Kata di isi, Buat hati yang sunyi. Puisi di karang tuk meluah isi hati. Seribu kata, tersimpan rahsia. Tercoret indah sebuah janji, Mengusung cinta bukan seminit, Namun cuba tuk selamanya. Gentar di hati, Takut bercinta lagi. Dulu ku percaya cinta itu merah. Kini bagiku cinta itu hitam anak mata. Dulu cinta itu senyuman bagiku. Kini cintaku bertukar menjadi saat ngeri bagiku. Kegelapan mulai menyuluh dunia ku. Kesedihan menyelubugi hidup ku.
Ku kembali mengarang, Sebuah kisah mayapada cinta. Cinta yg membuat daku beraspirasi tinggi, Tinggi hingga ke mahligai gading. Dulunya belian, Kininya kaca. Dulunya cahaya sejati, umpama gemala sakti. Kini, Aku di tinggalkan dalam kegelapan marcapada cinta. Pada mulanya ku Cuba tuk bangkit , Namun ku tak sekuat dirimu, Mengabaikan daku umpama benda tak bernyawa. Ku cuba dan cuba, Namun ku tak bangkit berseorang, Ku bangun di temani mereka, Mereka yang di gelar teman.
Kini, Sinar cahaya pulang Ke pangkuan ku. Walau ceritera cinta ini sukar tuk di abukan, Namun, aku bisa hidup tanpa hadir cintanya. Sesungguhnya cinta ku pada yg Esa akan kekal selamanya. Biarlah daku derita merindui, Dari tersiksa dalam kerakusan cintanya.

Cinta tersimpan - Nukilan AqilahMerah

Terduduk ku seketika, Dikala hening malam, Dikala dingin malam. Membuat daku terkenang. Kali pertama bertemu, Membuat daku senyum terpaku. Duduk di sebelah, si dia yang jenaka bagiku. Malam yang panjang, Terasa cepat malam berlalu. Seminit terasa sesaat berlaku, Adakah daku jatoh lagi? Si dia yang di gelar cinta. Dia membuat daku kembali bersinar, Dia memberi daku nafas, nafas baru untuk bangun. bangun dari terus mati dalam tangisan kekecewaan.
Tika Jauh angan ku terlena, Ingin sekali daku berkata padanya, Bahawa daku telah terjatoh di alam fantasi nya. Buaian mimpi di bina, Membuat daku tersangkut di alam nya. Dia kembalikan nostalgia cinta ku, Cinta yang dulunya hangus terbakar menjadi debu-debu kecewa. Kini debu cinta bersatu semula, Berharap dialah yang benar. Bukan sekadar bermain di alam fantasi, Namun wujud menjadi reality.

Ukiran Sebuah Janji -Nukilan AqilahMerah

Wahai burung cinta , Terbang lah dikau ke langit biru , Teruskan usaha mencari cinta baru. Dulu sayap mu patah, Kini ia mampu terbang tinggi. Dulu aku berpatah hati, Kini aku sudah temui, Si dia yang di gelar cinta. Sangkar cinta di bina, Tempat mengisi janji setia. Selepas di isi , Terus di kunci. Takut cinta sejati pergi. Bukan mahu kembali ke masa dulu, Cuma berharap dia bukan begitu. Kita cuma manusia, Bukannya tuhan. Hanya mampu berdoa , Agar dia yang benar.
Sehelai kain puteh di hadiahkan, Harap di jaga umpama mengikat janji, Takut terjadi yang tak di ingini. Petang yang hening, Buat hatinya rasa teringin, Daku tak tahu, Rupanya dia berselindung di sebalik batu, Mahukan sesuatu, Yang mampu menghantui ku. Ku sangkakan ikhlas, Rupanya ingin di balas. Ku sangkakan jujor, Rupanya hatinya membujor.
Kini, Kain puteh menjadi kotor, Tertumpah dakwat, yang tak mampu di luntor. Cintaku tenggelam dalam cahaya yang kotor, Tiada cara,tunjukkan daku jalan pulang. Sebuah doa di pohon, Berharap sebuah dosa di ampun. Langkah demi langkah aku bangun, Kerna tanpanya dirimu, Aku mampu bangkit tuk berfikir , Agar tidak mudah terpedaya dengan ukiran sebuah janji lelaki.

Bekhayalkan Dia - Nukilan AqilahMerah

Duduk di anjung , Aku tak lagi di sanjung. Bukan mau di junjung, Hanya mau cinta aggung . Sebuah sayap cinta patah, Sebuah karya cinta punah. Tiada lagi kata cinta, punyai rasa rindu, Rindu pada dirinya, Disaat kita bersama. Engkau duduk di sebelah, Buat aku lelah . Bebaring di bahu , buat daku malu. Terasa mau bersamanya, buat selamanya. Dikau menanam janji, buat aku tertanya dengan sangsi.
Kini, Hidup ku tanpa cinta, Namun dia tetap di mata. Walau dia pergi ke alam fana, Dia tetap di mana mana, Tika ku tatap gambarnya. Aku di buai fantasi, Fantasi bersamanya. Walau hanya ilusi Ku tetapkan fantasi.
mungkin Ku punyai cinta fantasi.. Walau ia hanya fantasi, akan ku hargai.. Kerna dengan berfantasi mampu mengisi hati yang sepi. Sebuah Puisi di tulis untuk mengungkap rasa rindu yang sepi. Walau hanya sendiri , akan ku jalani.

Sebuah Rindu - Nukilan AqilahMerah

Duduk berseorang , Tak mau di kawan . Bukan tak nak senang, Cuma mau tenang. Malam menyusul, Buat aku tersasul, Satu bayang menyusul, Ingat dikau yang usul. Sebuah rindu membelenggu, Hati ini sedang berlagu, Tiada tempat menggadu. Sebuah puisi tercoret indah, Hanya untuk luahan bermadah. Di setiap menungku, Dikau muncol.
Sebuah nada rindu di cari, Berharap orang yang di rindu kemari. Namun semuanya anggan, Dalam diam ku cuma berangan. Berharap dia di sebelah , Buat hati ini berulah. Malam yang dingin, Buat aku teringin, Teringin dikau dakapi. Walau dalam ilusi, Akan ku hargai. Kerna rindu buat ku berfantasi, Kerna rindu buat ku sangsi, Sangsi di setiap imajinasi ku.
Malam semakin hilang, Rindu takkan hilang. Walaupun merindui dalam derita, Namun hati tetap cinta. Mungkin sebuah rindu tak punya titik noktah, Dan tak penah sudah. Mungkin puisi ini, Puisi ini dapat mengungkap rindu, Rindu ku padanya. Puisi rindu ku ciptakan, Hanya untuk si dia, Walau ia nya tak bernada , Namun ia punyai makna .